Jambatan Verrazano-Narrows
Jambatan Verrazano-Narrows

Jambatan Verrazano-Narrows

Jambatan Verrazano-Narrows adalah jambatan gantung dua tingkat yang menghubungkan borough Staten Island dan Brooklyn di Bandaraya New York iaitu menyeberang selat The Narrows. Ia menghubungkan hulu teluk dengan hilir teluk.Jambatan ini dinamakan sempena dua orang penjelajah Perancis berketurunan Itali, Giovanni da Verrazzano, penjelajah Eropah pertama yang diketahui memasuki Pelabuhan New York dan Sungai Hudson serta perairan yang dilintasinya iaitu The Narrows. Ia mempunyai rentangan pusat sepanjang 4260 kaki (1298 m) yang menjadikannya jambatan gantung terpanjang di dunia ketika jambatan ini disiapkan pada tahun 1964 sehinggalah ia diatasi oleh Jambatan Humber di United Kingdom pada tahun 1981. Walau bagaimanapun, Jambatan Verrazano-Narrows masih lagi jambatan gantung terpanjang di benua Amerika. Menara-menara jambatan ini boleh dilihat di sebahagian besar kawasan metropolitan New York termasuklah di kesemua lima borough Bandaraya New York.

Jambatan Verrazano-Narrows

Lalu lintas harian 189,962 (2008)[2]
Rentangan terpanjang 4,260 kaki (1,298 m)
Kelegaan di atas 15 kaki (4.57 m) (tingkat atas)
14.4 kaki (4.39 m) (tingkat bawah)
Koordinat 40°36′23″N 74°02′44″W / 40.6064°N 74.0456°W / 40.6064; -74.0456Koordinat: 40°36′23″N 74°02′44″W / 40.6064°N 74.0456°W / 40.6064; -74.0456
Menyeberangi The Narrows
Tol (Westbound Only, sejak dari 30 Disember 2010[kemas kini]) Kereta $13.00/$9.60 dengan E-ZPass yang diperoleh daripada pihak berkuasa negeri New York (untuk warga Staten Island: E-ZPass $5.76; Perkongsian kereta (tiket prabayar): $2.68); Trak $17.32 + $11.04/Gandar lebih dua dengan E-ZPass daripada pihak berkuasa negeri New York, $26.00 Cash + $16/Gandar lebih daripada dua. [3]
Lokasi Bandaraya New York (Staten IslandBrooklyn)
Dibuka 21 November 1964; 57 tahun yang lalu (1964-11-21) (tingkat atas)
28 Jun 1969; 52 tahun yang lalu (1969-06-28) (tingkat bawah)
Kelegaan di bawah 228 kaki (69.5 m) bagi purata ketinggian air[1]
Membawa 12 lorong (6 lorong di tingkat atas dan 6 lorong di tingkat bawah) I-278
Reka bentuk Jambatan gantung dua tingkat
Nama lain Verrazano-Narrows Bridge
جمبتن ۏيرراۏو-نارروس
Diselenggara oleh MTA Bridges & Tunnels

Rujukan

WikiPedia: Jambatan Verrazano-Narrows http://www.bridgemeister.com/pic.php?pid=1127 http://www.nycroads.com/crossings/verrazano-narrow... http://www.verrazano-bridge.com http://en.structurae.de/structures/data/index.cfm?... http://www.mta.info/bandt/html/veraz.html http://www.mta.info/bandt/traffic/btmain.html //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Jamba... https://www.nysdot.gov/divisions/engineering/techn... https://geonames.usgs.gov/apex/f?p=gnispq:3:::NO::... https://web.archive.org/web/20110721061245/https:/...